Analisis Soal-Selidik

Objektif projek analisis soal-selidik SKBP1023 adalah untuk mengukur sejauh mana pelajar mampu:

1. Menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk membuat item soalan untuk soal-selidik kajian bahasa
2. Menggunakan perisian SurveyMonkey untuk mengedar soal-selidik secara atas talian
3. Menganalisis dapatan kajian
4. Melaporkan dapatan kajian

Analisis soal-selidik dapat dilakukan melalui perisian SurveyMonkey. Berikut adalah contoh borang soal-selidik yang telah dibuat.M M1 M2 M3

Berikut merupakan 10 responden yang telah menjawab soal-selidik saya:

r1 r2 r3 r4 r5 r6 r7 r8 r9 r10

Berikut merupakan contoh jawapan salah seorang responden:

11

12

13

14

Soalan 1: 

Capture

Soalan 1 mewajibkan setiap responden mengisi maklumat peribadi mereka. Terdapat 21 orang responden telah mengisi kesemua ruangan yang dberi.

Capture 2

Soalan 2 pula meminta responden nyatakan tapak web yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek sebutan bahasa . Dalam soalan ini, saya telah menetapkan sekurang-kurangnya tiga tapak web yang perlu diisi oleh mereka dalam mempelajari aspek sebutan bahasa. Oleh yang demikian, tiga URL yang paling atas telah dijawab oleh responden sebanyak 100% dimana kesemua responden saya telah menjawab  tiga URL yang paling atas. Sebaliknya, bagi URL 4 dan URL 5 adalah sebanyak 66.67 dan 47.62% masing-masing dimana 14 orang responden telah menjawab URL 4 dan 10 orang responden telah menjawab URL 5. Antara URL yang diberi oleh responden dalam menjawab soalan ini adalah seperti berikut:

http://ekamus.dbp.gov.my/

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

http://www.yorku.ca/earmstro/ipa/index.html

Capture 3

Dalam soalan 3, responden diminta untuk mengisi perisian atas talian yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek perbendaharaan kata bahasa yang mereka pelajari. Dalam soalan ini saya juga telah menetapkan sekurang-kurangnya tiga tapak web yang perlu diisi oleh mereka. Jadi, bagi URL1,2 dan 3 telah dijawab oleh kesemua 21 orang responden dan mencatat sebamyak  100%. Bagi URL 4 dan 5 pula telah dijawab oleh responden sebanyak 13 orang iaitu 61.90% dan 9 orang iaitu 42.86% masing-masing. Antara URL yang diberi oleh responden dalam  menjawab soalan ini adalah seperti berikut:
http://ml.scribd.com/doc/75831857/34/Perbendaharaan-Kata-Umum-Bahasa-Melayu

http://ekamus.dbp.gov.my/

http://dwnbahasa.dbp.my/

Capture 4

Dalam soalan 4, responden diminta untuk nyatakan perisian atas talian yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek tatabahasa bahasa yang mereka pelajari. Dalam soalan ini saya juga telah menetapkan sekurang-kurangnya tiga tapak web yang perlu diisi oleh mereka. Jadi, bagi URL1,2 dan 3 telah dijawab oleh kesemua 21 orang responden dan mencatat sebanyak  100%. Bagi URL 4 dan 5 pula telah dijawab oleh responden sebanyak 13 orang iaitu 61.90% dan 9 orang iaitu 42.86% masing-masing. Antara URL yang diberi oleh responden dalam  menjawab soalan ini adalah seperti berikut:

http://lamanbahasa.wordpress.com/tatabahasa-2/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa

http://books.google.com.my/books?id=mFzgAAAAMAAJ&dq=tatabahasa+bahasa+melayu&hl=en&sa=X&ei=VKa

Capture 5

Bagi soalan 5 pula, responden dikehendaki nyatakan perisian atas talian yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek semantik bahasa yang mereka pelajar. Dalam soalan ini, saya menetapkan syarat satu sahaja URL yang perlu dijawab oleh para responden. Jadi, sebanyak 100% responden telah mengisi URL 1 serta 90.48% sahaja responden yang menjawab URL 2 dan 3. Diikuti oleh URL 4 dan 5 yang masing-masing mencatat 47.62% dan 33.33% sahaja. Antara URL yang diberi oleh responden dalam  menjawab soalan ini adalah seperti berikut:

http://amirgassi.blogspot.com/2010/10/semantik.htm

http://belajaronlinegratis.com/content/mempraktekkan-web-semantik\

http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/semantik-dan-peristilahan-bahasa-melayu.html

Capture 6

Bagi soalan 6, responden diminta untuk nyatakan perisian atas talian yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek pragmatik bahasa yang mereka pelajari. Syarat yang sama juga saya tetapkan seperti yang terdapat di soalan 2,3, dan 4. Oleh yang demikian, kesemua responden iaitu sebanyak 21 orang telah mengisi URL 1 hingga 3. Diikuti URL 4 dan 5 yang dijawab oleh responden sebanyak 52.38% dan 42.86% masing-masing. Antara URL yang diberi oleh responden dalam  menjawab soalan ini adalah seperti berikut:

http://www.scribd.com/doc/48597223/Pragmatik

http://prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=pragmatik

http://books.google.com.my/books?id=edWhSzcHmUQC&pg=PA545&dq=pragmatik+bahasa+melayu&hl=en&s

Capture 7

Dalam soalan 7, saya telah meminta responden saya isikan perisian sumber bukan atas talian yang mereka gunakan untuk mempelajari aspek bahasa. 

8

Dalam soalan 8, para responden bebas untuk memilih cara yang lebih disukai oleh mereka dalam mempelajari bahasa asing. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, sebanyak 85.71% responden memilih tenaga pengajar sebagai medium pembelajaran bahasa. Medium pembelajaran bahasa yang paling jarang digunakan oleh kebanyakkan responden ialah melalui perisian bahasa, cakera video dan tapak web atas talian. Ketiga-tiga medium pembelajaran bahasa tersebut mencatatkan peratus yang paling rendah iaitu sebanyak 47.62% sahaja.

Capture 9

Dalam soalan 9, para responden dikehendaki mengisi sekurang-kurangnya satu jenis bahasa asing yang mereka pelajari.Jadi, kesemua responden saya telah mengisi ruangan yang pertama dan mencatat sebanyak 100%. Diikuti oleh ruangan kedua yang dijawab oleh responden saya sebanyak 66.67% iaitu 14 orang dan ruangan yang ketiga dijawab oleh 52.38% iaitu 11 orang. Kemudian pada ruangan yang  keempat dan kelima mencatat peratus yang sangat rendah iaitu cuma 19.05% dan 14.29% masing-masing yang dijawab oleh responden.

Capture 10

Setelah dianalisis, didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mereka dalam mempelajari bahasa asing. Namun demikian, faktor utama yang mempengaruhi kebanyakkan responden saya untuk belajar bahasa asing adalah minat mereka terhadap bahasa asing tersebut.

Kesimpulannya, kita dapat membuat rumusan bahawa pembelajaran sesuatu bahasa pada zaman sekarang adalah amat mudah samaada melalui perisian atas talian ataupun melalui perisian bukan atas talian. Bagi perisian atas talian, Youtube sering dijadikan rujukan orang ramai untuk mempelajari bahasa. Jika dilihat daripada perisian bukan atas talian pula, buku dan kamus menjadi pilihan utama para responden sebagai medium pembelajaran bahasa.

2 thoughts on “Analisis Soal-Selidik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s